Sejarah Tentera Udara Diraja Maghribi

Tentera udara Maghribi telah ditubuhkan pada 19 November, 1956 dengan nama Penerbangan Diraja Sherifian (Aviation Royale Chérifienne).

Instalasi dan pangkalan modennya diwarisi dari Perancis (Meknes, Rabat {seiring dengan Amerika Syarikat}, Marrakech), Amerika Syarikat (Rabat {seiring dengan Perancis}, Kenitra, Benguérir, Boulhault, Nouasser dan Sidi Slimane) dan Sepanyol (Laayoune).

Perolehan pertama untuk tentera udara yang baharu ditubuhkan ini adalah enam buah Morane-Saulnier MS-500 Criquets, tiga buah pesawat pengangkut Max Holste MH.1521 Broussard, dua buah Beechcraft Twin Bonanza, sebuah de Havilland DH.114 Heron dah sebuah helikopter Bell 47G.

Pada tahun 1961, ia bertukar nama kepada Tentera Udara Diraja (Force royales air), satu designasi yang digunakan sehingga hari ini. Pada tempoh yang sama, ia memperolehi 12 buah pesawat pejuang Mikoyan-Gurevich MiG-17, dua buah pesawat latihan Mikoyan-Gurevich MiG-15UTI dan empat buah pesawat pengebom Ilyushin Il-28 dari Soviet Union. 24 buah pesawat latihan Fouga Magister juga diterima dari Perancis.

Pergolakan politik dengan Soviety Union memaksa Maghribi untuk menjadi sekutu baharu bagi Amerika Syarikat, dan membeli enam buah pesawat tempur Northrop F-5 (4 buah F-5A dan 2 buah F-5B) sebelum menambah 20 buah F-5A dan empat buah F-5B pada tahun 1966. Pesawat pengangkut yang dibeli pada waktu itu adalah 10 buah [[Douglas C-47 Skytrain]s, 18 buah Fairchild C-119G dan enam buah Lockheed C-130 Hercules. Armada helikopter pula terdiri daripada 24 buah Agusta-Bell AB205A, dan 12 buah North American T-6 Texan yang digunakan untuk melatih juruterbang.

Pemodenan seterusnya ke atas Tentera Udara Diraja Maghribi berlaku tidak lama sebelum konflik Sahara, dengan pembelian pesawat penyerang Mirage F-1CH, pesawat latihan Beech T-34C Mentor, helikopter Aerospatiale Puma, dan pesawat pengangkut Hercules baharu untuk mengantikan unit-unit lama. Program pemodenan ke atas Northrop F-5 Freedom Fighter dengan teknologi terkini dan pembelian 24 buah Alpha Jet E kemudian dilaksanakan oleh RMAF; sebelum satu lagi program pemodenan ke atas armada Dassault Mirage F1 yang disiapkan pada tahun 1996 dan 1997.

Semasa tahun 1990an, terdapat rancangan untuk membeli pesawat pejuang Mirage 2000 atau F-16, bagaimanapun oleh kerana ketiadaan dana ia tidak dapat direalisasikan. Menjelang tahun 2011, RMAF mula memodenkan armada usangnya dengan membeli F-16.[2]

Operasi

Perang Pasir

RMAF terlibat dalam satu konflik sempadan Algeria-Maghribi pada tahun 1963 yang dikenali sebagai Perang Pasir yang mana ia menggunakan pesawat serangan moden sementara Algeria tidak mempunyai sebuah pesawat pun.[3]

Perang Yom Kippur

Semasa Perang Yom Kippur, satu skuadron pesawat Northrop F-5A dari RMAF telah menyertai Skuadron ke-69 Mesir di Tanta pada 19 Oktober 1973. Sekurang-kurangnya 14 buah MiG-17 dan sekitar sedozen F-5A telah diaturgerak. F-5A tiba setelah satu penerbangan yang jauh, melalui Tunis dan Libya, diiringi oleh pesawat pengangkut Lockheed C-130 Hercules yang membawa alat ganti, senjata dan peralatan. Maghribi memulakan tugas penerbangan dengan misi-misi CAP di Delta Nile. Pada Januari 1974, dua buah F-5A yang dipersenjatai dengan AIM-9B dan meriam 20mm, telah memintas sepasang pesawat IAF Mirage IIIC yang melakukan satu misi pengawasan. Pesawat Israel berpatah balik apabila ternampak F-5A, meninggalkan kedua-dua pesawat pejuang RMAF di belakangnya, gusar akan kemungkinan diserang hendap oleh pesawat F-4E Phantom II milik Israel, kawalan misi EAF telah mengarahkan kedua-dua pesawat pejuang Maghribi untuk kembali, dan mengantikan ia dengan dua buah pesawat MiG-21MF dari Tentera Udara Mesir.[4]

Perang Sahara Barat

Pada permulaan konflik Perang Sahara Barat, Fouga Magister (berpangkalan di Laayoune) dan North American T-6 Texan (berpangkalan di Ad Dhakla) pada mulanya digunakan untuk misi sokongan darat dan serangan malam. Kemudian, pesawat F-5 dimasukkan untuk beraksi untuk menghapuskan sasaran-sasaran POLISARIO.Sejak awal, objektif pihak MAghribi adalah untuk mewujudkan sebuah zon selamat dan terkawal di kawasan ini yang mana dianggap sebagai “berguna” untuk kepentingan politik dan ekonominya, iaitu ibu kotanya, Al-Aaiun dan pusat keagamaan Smara, dan medan fosfat di Bu-Craa.

Pada tahun 1980, pembinaan tembok-tembok pertahanan Sahara bermula, yang mana terdiri daripada semua jenis halangan untuk infantri dan kenderaan berperisai seperti peiuk api dan radar, dengan sokongan Pasukan Atur Cepat (Détachements d'Intervention Rapide) yang boleh bergerak dan dengan pantas mengukuhkan setiap lokasi di sepanjang tembok, dibantu dengan pengangkutan udara yang terdiri dari helikopter Super Puma, AB-205 dan CH-47 Chinook. Bagi pertahanan anti kereta kebal, ia diputuskan untuk menggunakan tambahan helikopter Aérospatiale SA 342 Gazelle yang dilengkapi dengan peluru berpandu HOT untuk menghapuskan T-54, T-55 dan IFV BMP milik POLISARIO. Selain radar di darat, dua buah pesawat C-130 Hercules dengan sistem SLAR juga digunakan untuk mengesan unit-unit musuh.

Selepas kehilangan sebuah pesawat F-5A dan dua buah RF-5A dalam pertempuran, 20 buah F-5E "Tiger II" dan 4 buah F-5F telah dibeli. Masalah utama yang dialami oleh F-5 di Sahara Barat adalah jarak yang tidak mencukupi untuk melaksanakan misi-misi jauh ke medan tempur di padang pasir Sahara. Bagi mengurangkan masalah ini, sebuah Boeing B707-138B dipasang dengan unit-unit hos Beech pada hujung sayap untuk pengisian minya di udara dan dua buah pesawat Lockheed KC-130H juga telah diserahkan pada awal tahun 1982 untuk menyokong tugasan pengisian minyak di udara kepada “Tiger II”, oleh itu meningkatkan jarak serangannya.

Mirage F-1 pula bertanggungjawap untuk mempertahankan ruang udara Maghribi daripada sebarang kemungkinan ancaman serangan dari Algeria atau Libya, di mana kerajaan-kerajaan ini menyokong Barisan Polisario dari segi politik dan kewangan, semasa permulaan konflik.

Pada tahun 1977, para juruterbang Mirage memulakan latihan di pangkalan tentera udara yang terletak di Orange, Perancis. Pada tahun yang sama, RMAF mula menerima pesawat pejuang Mirage F-1C pertamanya. Libya dan Algeria tidak menyerang Maghribi, dan akhirnya Maghribi menggunakan pesawat Mirage dalam misi-misi serangan darat menentang POLISARIO.Tiga penghantaran pesawat Mirage telah dilakukan antara tahun 1978 hingga 1982. Penghantaran pertama terdiri daripada 30 buah Mirage F1-CH telah diterima antara bulan Februar i hingga Disember 1978. Penghantaran kedua, dilakukan antara bulan Disember 1979 dan Julai 1982 dan terdiri daripada 14 buah Mirage F1-EH. Antara bulan Julai 1980 dan Jun, penghantaran terakhir untuk 6 buah Mirage F-1EH-200 telah diserahkan.

Dengan kehilangan Fouga Magister, FARM memutuskan untuk membeli sebanyak 24 buah Rockwell OV-10A dari Kor Marin Amerika Syarikat. Enam buah pesawat dalam kumpulan pertama diserahkan, akan tetapi sebuah darinya telah musnah dalam tempoh singkat, pesawat selebihnya dipindahkan ke peranan rondaan maritim di sebabkan ketidakcekapannya dalam pertempuran. Program ini kemudian dibatalkan untuk jumlah pesawat selebihnya.

Sebuah helikopter SA 330 Puma

Campur tangan menentang ISIL

Pada akhir tahun 2014, Maghribi telah menghantar armada pesawat F-16 ke medan tempur untuk menentang ISIL di Iraq dan Syria.[5][6] Ia merupakan atur gerak pertama pesawat ini sejak Maghribi membelinya pada tahun 2011.[7][2]

Pemodenan pada kurun ke-21

[8] Tentera Udara Diraja Maghribi memulakan sebuah program pemodenan progresif ke atas armada usang dan keupayaan operasi dan teknikalnya.

Tingkat upaya F-5

[9] Penambahbaikan ke atas armada F-5A/B direalisasikan dengan pemasangan avionik "Tiger II" pada kemungkinan 8 buah F-5A dan 2 buah F-5B. Satu kontrak dimaterai dengan sebuah syarikat Perancis, SOGERMA di Bordeaux (Perancis), kesemua pesawat diterima pada tahun 1998.[10] Bermula pada tahun 2001 sehingga 2004, armada F-5E/F menerima satu program pembaikan semula dan tingkat upaya sepenuhnya daripada SOGERMA. Tingkat upaya ini memperbaiki prestasi pesawat "Tiger II" ke tahap "Tiger III". Kerja-kerja yang dilakukan termasuk:

  • radar baharu yang diperbaiki, FIAR Grifo F/X Plus (menyamai prestasi AN/APG-69)
  • Pod-pod tindak balas elektronik aktif Elettronica ELT/555.
  • HOTAS (Hands On Throttle And Stick)
  • Penerima amaran radar EWPS/-100 (DM/A-106) baharu
  • Tatarajah kokpit baharu dengan:

F-5E/F TIII juga memiliki keupayaan untuk menggunakan persenjataan baharu seperti peluru berpandu melangkui ufuk (BVRAAM) dan senjata panduan tepat. Stesen debriefing darat RADA ACE,[11] sebuah simulator dan pod sasaran AN/AAQ-28(V) LITENING juga telah dibeli.

Mirage F1 MF2000 ASTRAC

Pada tahun 2005, RMAF telah memulakan satu program tingkat upaya bernilai 350 juta euro ke atas pesawat MF2000 Dassault Mirage F1,[12][13] yang mana telah membaik pulih 27 buah pesawat Mirage F1 (F1CH, F1EH dan F1EH-200) ke tahap Mirage 2000-5 untuk memperbaiki tahap survival armada MF2000, yang mana termasuk :

  • Penukaran radar lama Thomson-CSF Cyrano IV dengan radar Thales RC400 (RDY-3).
  • 4% pelonjak tujahan dan jangkat hayat lebih panjang menerusi sebuah modul pemampat baharu untuk enjin Snecma Atar 9K50.
  • Tatarajah kokpit baharu dengan dua unit LCD fungsi-multi, sebuah Head-Up Display dengan UFCP (Up Front Control Panel), dua buah LCD mini (untuk RWR dan horizon buatan) dan kawalan HOTAS sepenuhnya.
  • Inertial-aided GPS Navigator Sagem Sigma 95.
  • Gogel penglihatan malam CN2H-AA Mk II.
  • Kerusi lenting Zero-zero moden.
  • Peluru berpandu MICA bernilai sekitar 100 juta Euro
  • Elektronik baharu:
    • Sistem pengurusan persenjataan baharu.
    • Sistem amaran radar termaju Thales.
    • Pautan data baharu.
    • Sistem komunikasi yang diperbaiki.
    • Dua buah komputer tugas Dynamic yang diintegrasikan dengan sebuah bus MIL-STD-1553B.

Peningkatkan ini membolehkan ia menggunakan peralatan yang lebih canggih seperti:

Tingkat upaya ini dibangunkan oleh ASTRAC (Association Sagem Thales pour la Rénovation d'Avions de Combat).

T-6C Texan dan F-16C/D Block 52+

Pada tahun 2007, Maghribi secara rasminya memohon 24 buah pesawat latihan T-6C Texan, dengan keupayaan sekunder dalam peranan serangan ringan.

Pada tahun 2008, satu pesanan bernilai $2.4 bilion telah 7dibuat untuk 24 buah pesawat F-16C/D Block 52+ selain peralatan dan perkhidmatan yang berkaitan,[14] bersama:

Jeneral Ahmed Boutaleb (kiri) dalam satu mesyuarat dengan Brigadier Jeneral Robert Ferrell, Mac 2010

Peningkatan armada F-16

Bermula pada tahun 2008 sehingga 2012, Tentera Udara Diraja Maghribi telah membeli peralatan termaju untuk armada F-16 miliknya:

Pensenjataan termaju juga dibeli:

Sebuah C-130 Maghribi

Pembelian dan tingkat upaya lain

Pada tahun 2008, 4 buah pesawat pengangkut taktikal C-27J Spartan telah dibeli dari Finmeccanica, anak syarikat bagi Alenia Aeronautica dengan harga 130 juta euro,[15] dan pesawat latihan lanjut dan CAS/COIN, Alpha Jet E telah dinaik taraf ke "standard E+". Pada tahun 2010, General Atomics telah menerima lesen eksport untuk menjual versi eksport tidak bersenjata, Predator kepada Arab Saudi, Mesir, U.A.E. dan Maghribi. Enam buah pesawat pemadam api udara, Bombardier 415 Superscooper juga telah dibeli pada tahun 2011. Proses pemodenan dan naik taraf bekas pangkalan Tentera Udara A.S di Pangkalan Udara Ben Guerir bagi menyokong pesawat F-16 Fighting Falcon juga penting. Pada Mac 2013, dilaporkan bahawa RMAF telah membeli 3 buah EADS Harfang MALE UAV yang telah dilucut tauliah oleh Perancis, akan tetapi ia tidak akan diserahkan sehingga tahun 2020.[16][17]

Pada tahun 2015, 3 buah helikopter CH-47D yang telah dibaik pulih telah diterima dari A.S, sebagai tambahan ke atas 9 buah helikopter CH-47C sedia ada yang diterima pada tahun 1979 dan 1982 (asalnya 12 buah telah diperolehi).[18]

Pada tahun 2019, kerajaan Maghribi telah memohon untuk membeli 25 buah pesawat F-16 Block 72 dan ia telah diluluskan oleh Jabatan Negara A.S.[19] Satu kontrak bernilai $2.8 bilion telah ditandatangani pada tahun 2020.[20] Penghantaran pertama 12 buah pesawat Viper baharu akan diterima pada tahun 2021.[21]

Terdapat cadangan untuk menaik taraf armada F-16 ke standard Viper.[22]

24 buah helikopter Apache juga telah dipesan pada tahun 2020.[20]

Rujukan

WikiPedia: Tentera Udara Diraja Maghribi http://home.eblcom.ch/f5enthusiast/AirForces/Moroc... http://alert5.com/2020/02/04/france-has-transferre... http://www.defenseindustrydaily.com/moroccos-air-f... http://group73historians.com/wp-content/uploads/20... http://mobiledevdesign.com/news/israel-receive-fir... http://moroccantimes.com/2014/12/morocco-sends-f16... http://www.moroccoworldnews.com/2014/12/146456/mor... http://i61.servimg.com/u/f61/09/01/13/73/sdc10715.... //lccn.loc.gov/85600265 http://www.israeldefense.co.il/en/content/morocco-...